Blog

Selamat bertemu lagi, setelah sekian lama kami menyepikan diri dari duni penulisan blog ni. Okey, tanpa membuang masa. Jom kita semak, apakah teknik untuk menjawab soalan Matematik Penilaian Menengah Rendah (PMR), Kertas 1.

Kebanyakan pelajar mengadu soalan Matematik Kertas 1 PMR agak susah dan tidak cukup masa untuk menjawab 40 soalan objektif dalam masa 1 jam 15 minit yang diperuntukkan.

 

Jadi, walaupun mereka tahu formula untuk soalan tersebut, namun kengkangan masa membuatkan mereka tersilap dalam memberi jawapan (ni kes maain tembak di hujung waktu peperiksaan).

Buat Soalan Senang Dahulu

Seperti biasa, guru selalu mengingatkan, jika soalan tersebut dirasakan susah, bulatkan soalan tersebut dan cepat-cepat beralih kepada soalan lain yang lebih mudah! Jangan merugikan peluang aidk-adik untuk mendapatkan markah bonus pada soalan yang LEBIH SENANG ini!

 

40% Kemahiran 60% Pengetahuan

Read more...

Keputusan peperiksaan SPM baru-baru ini disambut dengan debaran dan pelbagai reaksi dari ibubapa dan pelajar. Tahniah daripada kami kepada yang berjaya, kepada yang belum berjaya, anda masih ada perjalanan yang panjang. Anda masih BELUM BERJAYA, namun AKAN BERJAYA. Itu adalah yang pasti, jika usaha yang diberikan adalah setimpal. Allah telah berjanji kepada hamba-hambaNYA. " Dan dirikanlah shalat dan tunaikanlah zakat. Dan kebaikan apa saja yang kamu usahakan bagi dirimu, tentu kamu akan mendapat pahala nya pada sisi Allah. Sesungguhnya Alah Maha Melihat apa-apa yang kamu kerjakan." -- Al-Baqarah:110 Kita juga tahu bahawa, Allah tidak sekadar melihat HASIL, tetapi yang dipandang-NYA, adalah LEBIH kepada PROSES yang dilalui.. Kepada mereka yang BELUM BERJAYA.. Ingatlah, ALLAH menghitung USAHA yang telah dilakukan kamu, tetapi, belum MASAnya yang TERBAIK untuk mengurniakan KEBAIKAN sepadan dengan apa yang telah diusahakan.. Begitu juga konsep home tuition kami. Konsep belajar yang santai dan menyeronokkan yang kami cuba terapkan bersama guru-guru agar sesi pembelajaran dapat menggalakkan pelajar bertambah minat untuk belajar.

 

Home tuition adalah antara pendekatan yang terbaik kami untuk mendekati pelajar secara lebih dekat secara emosi, spiritual dan fizikalnya. Antara pendekatan lain kami yang lebih ekonomi bagi keluarga adalah program terbaru kami iaitu; KAFA Ulul Albab :) untuk pelajar sekolah menengah. Cadangan tentatif KAFA Ulul Albab : 7.00 - 7.30 malam : Tadarrus al-Quran & Mudahnya Tajwid! 7.30 - 8.00malam : Solat Maghrib Berjemaah 8.00 - 8.30 malam : Hadith 40 8.30 - 9.00 malam : Solat Isya Berjemaah 9.00 - 9.30 malam : Terjemahan Surah Pilihan : Hafazan Surah Pilihan * Bertukar antara Selasa & Khamis 9.30 - 10.00 malam : Silibus Kitab 'Indahnya Hidup Bersyariat' # Perubahan jadual mengikut kesesuaian & masa masuk waktu solat Maghrib & Isya. Bahan Pembelajaran akan disediakan oleh Infitah adalah seperti berikut : 1) Buku Surah-surah Juz Amma (bersama terjemahan & ruang kiraan ulangan hafazan) 2) Buku Latihan Hafazan Juz Amma. Cadangan keperluan lain yang perlu dibawa oleh pelajar : 1) al-Quran Terjemahan 2) Buku 'Hadith 40 Imam Nawawi' 3) Buku 'Indahnya Hidup Bersyariat' * Jika tiada koleksi peribadi buku-buku tersebut, boleh dibeli daripada Infitah :)

 

Islam adalah sistem dan cara hidup yang melengkapi semua kegiatan hidup manusia dan sistem tersebut dibentuk berasaskan ilmu. Allah s.w.t. mengetahui rahsia, dan segala hukum-hukum dan tabiat semulajadi manusia. Oleh yang demikinan, jika manusia hidup tanpa berpandukan hukum Allah s.w.t., kehidupan manusia akan dipenuhi kekurangan, kesilapan, kezaliman dan pertentangan dengan tabiat semula jadi manusia. Islam menetapkan peraturan tertentu bermula dari manusia itu bangun dari tidurnya sehinggalah cara mereka menyusun masyarakat dan negara. Tidak ada didunia ini yang menentukan aturan dan susunan selengkap Islam.

Keperluan utama bagi menghayati Islam bermula dari asas atau rukunnya. Oleh itu, ianya diistilahkan dalam Islam sebagai fardhu˜ain iaitu wajib dilaksankan oleh setiap orang Islam dengan syarat-syaratnya. Perkara asas Fardhu Ain ini meliputi pelbagai aspek kehidupan. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;

 

Read more...

Matematik merupakan satu matapelajaran yang penting dan sentiasa digunakan secara meluas di dalam kehidupan seharian.Ini dapat dilihat apabila subjek Matematik yang diajar di sekolah, sentiasa dijadikan sebagai asas dan panduan dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan angka. Di samping itu, matematik juga secara tidak langsung menggalakkan kemahiran berkomunikasi secara kreatif dan kritis!

Terdapat satu senario para pelajar yang mempelajari subjek matematik beranggapan bahawa MATEMATIK adalah subjek yang sukar. Lebih serius lagi, ada yang membenci Matematik.

Mengapa hal ini terjadi?

Read more...

 

1) Jadikan sesi membaca menyeronokkan dan tiada tekanan

- Baby will respond much better to game oriented activities and very brief reading sessions.

- Membaca sambil bermain. Jangan sesekali paksa dia tapi bila nak ajak belajar, mommy/daddy kena buat bagi baby rasa excited nak belajar.

- Make the learning session fun for the baby.

 

2) Sediakan persekitaran yang sesuai untuk anak membaca dan belajar

- Seeloknya sediakan kerusi + meja + alatan untuk dia belajar.

- Penulis pernah berkongsi cara untuk menyediakan persekitaran kondusif di rumah. Kalau tak pernah baca, try klik link ni Menyediakan persekitaran yang kondusif untuk anak2 belajar di rumah ~ aplikasi Montessori Method.

 

Read more...