Blog


“Maaf terlewat sampai. Jalan sibuk ke sini tadi.” bicara Mutmainah

“Tak mengapa ustazah. Alisa dan Amirul ada di dalam. Dari petang tadi menunggu ustazah.” Balas Mak Ton.

Sejak kali pertama bertandang ke rumah itu, belum pernah Mutmainah kenal ibu pada Alisa dan Amirul. Apatah lagi bapa mereka. Dan Sejak kali pertama melangkah masuk ke rumah baga mahligai. Sungguh dia belum pernah merasai nikmat hidup di dunia. Oh dunia!

Kelibat anak kecil itu bingkas menerpa lamunannya yang sekadar singgah sebentar. Dari lamunan itu,...

Read more...

" Terasa bersemangat untuk bekerja hari ini. Hari Pendidik rupanya :)

Terima kasih kepada semua guru-guru, asatizah, ulama, mua'lim, pensyarah, murabbi, naqib, trainer, fasilitator, tutor-tutor Akademi Infitah dan semua pendidik langsung mahupun tidak langsung. Andalah pemangkin pembangunan intektual, emosional & spiritual anak-anak kita. Didik bukan sahaja dengan ilmu, tetapi dengan HATI :) "

 

Meminjam status facebook seorang 'Director' Infitah, Ustaz Mohd Noor Mohd Tahir.

Memang benar, dalam hidup ini, kita saling perlu-memerlukan. Sejak dari awal menjengah ke dunia, kita memerlukan bidan untuk menyambut tubuh lemah kita. Untuk mula pandai merangkak, bertatih, kita memerlukan ibu sebagai pembimbing sewaktu jatuh-dan-bangun.

Genap 6 atau 7 tahun ketika semua kanak-kanak lain mula memasuki fasa persekolahan. Orang yang bertanggungjawab penuh untuk membimbing kita adalah GURU.

Nah, lihat di sini betapa PENTINGnya seorang insan yang bergelar guru..

Hadiah kami buat GURU kami :) yang telah mencurahkan segala kesungguhan mereka dalam mendidik kami sehingga kami diberi kekuatan oleh ALLAH untuk kembali mendidik generasi terkemudian selepas kami.. Alhamdulillah (=^_^=)

Jadi, menjawab persoalan kepada tajuk di atas.. "Patutkah disambut Hari Guru?" --> yea....! PATUT DISAMBUT setiap hari :)

 

1) Jadikan sesi membaca menyeronokkan dan tiada tekanan

- Baby will respond much better to game oriented activities and very brief reading sessions.

- Membaca sambil bermain. Jangan sesekali paksa dia tapi bila nak ajak belajar, mommy/daddy kena buat bagi baby rasa excited nak belajar.

- Make the learning session fun for the baby.

 

2) Sediakan persekitaran yang sesuai untuk anak membaca dan belajar

- Seeloknya sediakan kerusi + meja + alatan untuk dia belajar.

- Penulis pernah berkongsi cara untuk menyediakan persekitaran kondusif di rumah. Kalau tak pernah baca, try klik link ni Menyediakan persekitaran yang kondusif untuk anak2 belajar di rumah ~ aplikasi Montessori Method.

 

Read more...

Selamat bertemu lagi, setelah sekian lama kami menyepikan diri dari duni penulisan blog ni. Okey, tanpa membuang masa. Jom kita semak, apakah teknik untuk menjawab soalan Matematik Penilaian Menengah Rendah (PMR), Kertas 1.

Kebanyakan pelajar mengadu soalan Matematik Kertas 1 PMR agak susah dan tidak cukup masa untuk menjawab 40 soalan objektif dalam masa 1 jam 15 minit yang diperuntukkan.

 

Jadi, walaupun mereka tahu formula untuk soalan tersebut, namun kengkangan masa membuatkan mereka tersilap dalam memberi jawapan (ni kes maain tembak di hujung waktu peperiksaan).

Buat Soalan Senang Dahulu

Seperti biasa, guru selalu mengingatkan, jika soalan tersebut dirasakan susah, bulatkan soalan tersebut dan cepat-cepat beralih kepada soalan lain yang lebih mudah! Jangan merugikan peluang aidk-adik untuk mendapatkan markah bonus pada soalan yang LEBIH SENANG ini!

 

40% Kemahiran 60% Pengetahuan

Read more...