Ibadat

Setiap yang bergelar muslim wajib mengetahui, belajar dan mengamalkan tiga perkara penting dalam kehidupannya. Tiga perkara itu meliputi akidah, ibadah dan akhlak bagi membentuk dirinya menjadi mukmin yang berkualiti dan seterusnya menjadikan Islam sebagai cara hidupnya.

Secara asasnya, tajuk-tajuk yang perlu dibincangkan bagi mempelajari fardhu ain dalam akidah ialah:-

a. Mengucap dua kalimah syahadat

b. Rukun Islam

c. Rukun Iman


Mari kita lihat gambar dibawah:-

 

Read more...

 

sambungan... dari Bahagian 1


2. Ibadah

Ibadah yang dilakukan dalam sehari-hari perlu dilakukan mengikut langkah-langkah yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah S.A.W. Hanya dengan cara yang betul, ibadah kita diterima oleh Allah S.W.T. dan seterusnya diberikan pahala bagi meraih ganjaran syurgaNya. Dengan akar (akidah) yang telah kukuh, maka batang dan ranting (ibadah) akan membesar dengan sempurna.

Secara asasnya, perkara-perkara ibadah yang perlu dipelajari dalam fardhu ain adalah beristinjak, membersihkan anggota badan, pakaian dan tempat daripada najis, berwuduk, cara bertayammum, cara mandi wajib, azan dan iqamat, solat fardhu, solat jenazah dan puasa.

Read more...

 

Islam adalah sistem dan cara hidup yang melengkapi semua kegiatan hidup manusia dan sistem tersebut dibentuk berasaskan ilmu. Allah s.w.t. mengetahui rahsia, dan segala hukum-hukum dan tabiat semulajadi manusia. Oleh yang demikinan, jika manusia hidup tanpa berpandukan hukum Allah s.w.t., kehidupan manusia akan dipenuhi kekurangan, kesilapan, kezaliman dan pertentangan dengan tabiat semula jadi manusia. Islam menetapkan peraturan tertentu bermula dari manusia itu bangun dari tidurnya sehinggalah cara mereka menyusun masyarakat dan negara. Tidak ada didunia ini yang menentukan aturan dan susunan selengkap Islam.

Keperluan utama bagi menghayati Islam bermula dari asas atau rukunnya. Oleh itu, ianya diistilahkan dalam Islam sebagai fardhu˜ain iaitu wajib dilaksankan oleh setiap orang Islam dengan syarat-syaratnya. Perkara asas Fardhu Ain ini meliputi pelbagai aspek kehidupan. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;

 

Read more...

 

Sambungan dari Bahagian 2 yang lepas...

3. Akhlak

Buah (akhlak) yang cantik dan manis hanya akan tumbuh daripada pokok yang subur dan kuat. Baja (ilmu) dan air (amal) perlu selalu diberi agar pokok itu dapat menghasilkan buah yang banyak dan segar.


Oleh yang demikian, pelbagai perkara perlu difahami ketika mempelajari akhlak sebenar sebagai seorang muslim dan seterusnya mengamalkannya. Orang Islam perlu menjaga dua hubungan ketika hidupnya di dunia iaitu hubungan dengan Allah S.W.T dan hubungannya sesama manusia.

Perkara pertama yang perlu dipelajarinya dalam membina akhlak muslim bagi memelihara hubungan dengan Allah S.W.T adalah mengetahui dan mengamalkan konsep ihsan dalam setiap apa jua yang dilakukannya dalam kehidupan seharian. Ihsan ialah melakukan ibadat kepada Allah dengan sebaik-baiknya seolah-olah kamu melihat Allah dan sesungguhnya Allah melihat kamu. Sifat utama dan konsep sebenar dalam ihsan perlu difahami.

Read more...