Sambungan dari Bahagian 2 yang lepas...

3. Akhlak

Buah (akhlak) yang cantik dan manis hanya akan tumbuh daripada pokok yang subur dan kuat. Baja (ilmu) dan air (amal) perlu selalu diberi agar pokok itu dapat menghasilkan buah yang banyak dan segar.


Oleh yang demikian, pelbagai perkara perlu difahami ketika mempelajari akhlak sebenar sebagai seorang muslim dan seterusnya mengamalkannya. Orang Islam perlu menjaga dua hubungan ketika hidupnya di dunia iaitu hubungan dengan Allah S.W.T dan hubungannya sesama manusia.

Perkara pertama yang perlu dipelajarinya dalam membina akhlak muslim bagi memelihara hubungan dengan Allah S.W.T adalah mengetahui dan mengamalkan konsep ihsan dalam setiap apa jua yang dilakukannya dalam kehidupan seharian. Ihsan ialah melakukan ibadat kepada Allah dengan sebaik-baiknya seolah-olah kamu melihat Allah dan sesungguhnya Allah melihat kamu. Sifat utama dan konsep sebenar dalam ihsan perlu difahami.

 


Dalam memelihara hubungan sesama manusia, perkara pertama yang perlu dipelajari adalah adab terhadap ibu bapa. Ibu yang telah mengandung dan melahir perlu dihormati dan ditaati. Demikian juga pada bapa yang telah membesarkankan kita perlu dihormati dan ditaati.

Di zaman arus modenisasi kini, masyarakat sekarang semakin menuju ke zaman jahiliyah. Faktor utama yang dapat dilihat kebanyakannya berpunca dari rasa tanggungjawab dalam menutup aurat dan menjaga batas pergaulan yang dihadkan dalam Islam. Hikmah daripada 2 pensyariatan ini bukan untuk mengekang dan mengongkong, tetapi adalah untuk menjaga orang Islam kerana Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang terhadap hamba-hambaNya.

Kewajipan menutup aurat perlu difahami pada hukumnya berdasarkan dalil-dalil yang terdapat di dalam Al-Quran dan Hadith Rasulullah S.A.W. had aurat yang dibataskan terhadap lelaki dan perempan perlu diketahui. Dan apa yang lebih penting adalah mengetahui hikmah di sebalik pensyariatan menutup aurat kerana tiada satu pun syariat-Nya yang sia-sia.

Hubungan sesama muslim yang berlainan jantina perlu dibataskan dengan had-had yang dianjurkan oleh Islam. Antara yang perlu dipelajari adalah maksud di sebalik istilah ‘mahram’ dan ‘ajnabi’. Individu muslim juga perlu menghayati kesan buruk akibat daripada pergaulan bebas yang tidak tentu hala.

Fardhu ain merupakan perkara penting serta asas dalam mengerjakan amal ibadah kepada Allah S.W.T., kerana dengan memahaminya itu, justeru rasa percaya diri, kemantapan dalam beribadah akan semakin kuat.