Perkara yang paling utama disemat kemas-kemas di minda adalah,

“Belajar itu menyeronokkan!”

Apabila belajar itu aktiviti yang seronok, maka secara automatik, banyak masa akan diperuntukkan untuk melakukannya. Sekaligus, anggota fizikal dan rohani akan turut sama ‘gembira’ sepanjang waktu belajar tersebut.

Â

Niat

Sebelum memulakan sesi belajar, niatlah di dalam hati belajar kerana Allah. Malahan menimba ilmu adalah cabang perjalanan yang mesti dilalui oleh setiap orang untuk mencapai apa jua yang diinginkan di dunia, lebih-lebih lagi akhirat. Seperti kata Imam Asy-Syafie', "Jika kamu inginkan dunia, hendaklah dengan ilmu, jika kamu inginkan akhirat, hendaklah dengan ilmu dan jika kamu inginkan kedua-duanya, maka hendaklah dengan ilmu."

Ilmu yang akan memandu kita nanti, dengan ilmu juga manusia itu dimuliakan. Ilmulah yang akan menjaga kita, berbezanya ilmu dengan material  dan wang-ringgit yang menuntut kita menjaga mereka.

Â

TEKNIK

Pelbagai teknik belajar yang boleh digunakan mengikut keselesaan masing-masing. Antara teknik yang dicadangkan dan dapat kami kumpulkan di sini adalah daripada amalan adik Nur Amalina Che Bakri, pelajar terbaik SPM yang mendapat 17A1 pada tahun 2005 dan Teknik 5R-STUV.

Tip Mengingati Formula & Fakta

  • Buat nota ringkas
  • Lukis peta minda apabila mengulangkaji atau mempelajari tajuk baru
  • Wujudkan kata kunci
  • Buat banyak latihan berhubung sesuatu formula hingga terbiasa
  • Buat latih-tubi, lama-kelamaan mudah untuk mengingat.
  • Ulangkaji di rumah secara berterusan (istiqomah).

Tip Menguatkan Ingatan


  • Tumpu perhatian sepenuhnya di dalam kelas.
  • Berfikiran positif.
  • Fikir perkara berfaedah saja
  • Elak berfikir perkara yang memesong dan merosakkan minda.
  • Elak makan makanan yang mengandungi banyak bahan kimia seperti makanan ringan dan makanan segera.
  • Jangan minum minuman bergas.

Langkah Mengulangkaji Pelajaran

  • Semak sekali-lalu bab yang hendak di ulangkaji.
  • Baca tajuk besar terlebih dahulu.
  • Kemudian, baca tajuk kecil.
  • Teliti dan cuba fahami gambar, gambarajah, ilustrasi dan jadual yang tertera dalam bab tersebut.
  • Apabila mendapat gambaran tentang sesuatu tajuk, teliti isinya secara terperinci, tandakan isi-isi penting dengan ‘highlighter’ di buku teks atau boleh juga dibuat peta minda dalam buku nota khas.
  • Cari atau reka sendiri kata-kunci.
  • Pada masa yang sama, cuba mengingat apa yang dibaca.
  • Ulangkaji awal ,jangan tunggu sehingga saat terakhir sebelum peperiksaan.


SESI MELUAH KEMBALI

Poin penting yang menceritakan sesuatu meklumat diluahkan semula ke atas kertas. Di sinilah pentingnya setiap sesi pembelajaran, seorang pelajar itu diminta untuk bersama dengan paling minima, 3 perkara ini; sebuah buku, pen/pensil dan juga kertas. Kami ulangi, PALING MINIMA.

Ada beberapa teknik untuk meluahkan apa yang telah dibaca, antara yang boleh dipraktikkan adalah:

1. Peta Minda dan Warna-warni

Peta minda ialah sejenis nota yang paling berkesan. Bina peta minda mengikut  teknik yang diajarkan kepada anda supaya berkesan. Selalunya peta minda dibina ketika anda belajar atau mengulangkaji untuk memahami urutan, proses atau peristiwa.

Membina peta minda mengelakkan anda daripada mengantuk. Gunakan warna atau dakwat yang berlainan untuk menarik perhatian keika belajar. Ini akan merangsangkan otak kanan untuk mengimbangi tugas otak kiri yang letih mengingat.

Ketika mengulangkaji pula, peta minda mempercepatkan proses mengulangkaji  dengan berkesan kerana sifatnya yang ringkas, padat dan mengikut turutan. Oleh itu, banyakkanlah menggunakan peta minda menjelang peperiksaan.

Â

2. Teknik 5R-STUV

1. Recopy [salin semula]

2. Rework all model 5x [buat semula contoh/cepat/5x]

3. Recite out loud repeatedly [lafaz kuat berulang kali]

4. Recheck [semak semula]

5. Reasonableness [jawapan berpatutan/sebaliknya]

6. S-sumarize [ringkaskan nota penting]

7. T-test your self [uji diri anda]

8. U-use [gunakan]

9. V-visualize [bayangkan selalu]

DEMI MASA

Hujung minggu hendaklah digunakan untuk mengulangkaji dan menyelesaikan topik yang dipelajari dalam masa seminggu yang berlalu. Pastikan mana topik yang susah dan yang belum difahami supaya boleh bertanya kepada guru apabila sekolah dibuka pada hari Isnin. Di samping itu, gunakan juga masa hujung minggu untuk membaca topik yang akan dipelajari pada minggu depan sepintas lalu.

Fungsi Ulangkaji


  • Memantapkan ingatan
  • Mengukuhkan kefahaman
  • Menambahkan keyakinan
  • Memberi latih tubi kepada minda
  • Memenuhi aktiviti belajar dengan aktif

Â

Kaedah Mengulangkaji Yang Berkesan

  • Siapkan semua kerja rumah terlebih dahulu
  • Buat kerja rumah dengan cepat dan jangan bermalas-malasan.
  • Banyak buat latihan
  • Ulangkaji apa yang telah diajar oleh guru pada hari yang sama.
  • Ulangkaji secara berterusan supaya tidak mudah lupa.
  • Guna masa ‘prime time’ untuk ulangkaji mata-pelajaran yang susah.
  • Gerak-kerja yang aktif dilakukan apabila letih belajar.

Â

Â

PENUTUP

Sebagai penutup ingatlah tertib sebagai seorang penuntut ilmu dengan memulakan sesi belajar dengan doa disertakan niat yang benar untuk belajar. Kemudian, aturkan sasaran, cita-cita dan matlamat untuk dibawa ke mana ilmu yang dipelajari. Oleh itu, rancangan atau pelan tindakan yang khusus sepatutnya telah digarap untuk menuju ke arah matlamat yang diinginkan. Orang sekarang duk kata, “Plan your work, and work your plan”.

Sesungguhnya seorang ilmuan yang cemerlang adalah seorang yang mempunyai akhlak yang baik dalam mentaati, meyakini dan mencintai ilmu disertai dengan usaha yang berterusan (istiqomah) dalam menuntut dan menyebarkan ilmu di jalan Allah.

Â


Â


Wan Siti Farizan Mohamed Rani

Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Makanan, USIM

Tutor Akademi Infitah

Â