" Terasa bersemangat untuk bekerja hari ini. Hari Pendidik rupanya :)

Terima kasih kepada semua guru-guru, asatizah, ulama, mua'lim, pensyarah, murabbi, naqib, trainer, fasilitator, tutor-tutor Akademi Infitah dan semua pendidik langsung mahupun tidak langsung. Andalah pemangkin pembangunan intektual, emosional & spiritual anak-anak kita. Didik bukan sahaja dengan ilmu, tetapi dengan HATI :) "

 

Meminjam status facebook seorang 'Director' Infitah, Ustaz Mohd Noor Mohd Tahir.

Memang benar, dalam hidup ini, kita saling perlu-memerlukan. Sejak dari awal menjengah ke dunia, kita memerlukan bidan untuk menyambut tubuh lemah kita. Untuk mula pandai merangkak, bertatih, kita memerlukan ibu sebagai pembimbing sewaktu jatuh-dan-bangun.

Genap 6 atau 7 tahun ketika semua kanak-kanak lain mula memasuki fasa persekolahan. Orang yang bertanggungjawab penuh untuk membimbing kita adalah GURU.

Nah, lihat di sini betapa PENTINGnya seorang insan yang bergelar guru..

Hadiah kami buat GURU kami :) yang telah mencurahkan segala kesungguhan mereka dalam mendidik kami sehingga kami diberi kekuatan oleh ALLAH untuk kembali mendidik generasi terkemudian selepas kami.. Alhamdulillah (=^_^=)

Jadi, menjawab persoalan kepada tajuk di atas.. "Patutkah disambut Hari Guru?" --> yea....! PATUT DISAMBUT setiap hari :)